Searching...
Friday 1 July 2016
05:41 1

TERKINI!!! Zlatan Ibrahimovic Umum Beliau Akan Sertai Manchester United.


Zlatan Ibrahimovic Umum Beliau Akan Sertai Manchester United.


Bintang bola sepak Sweeden, Zlatan Ibrahimovic mengesahkan beliau akan menyertai pasukan Manchester United.

Perkara itu disahkan sendiri oleh beliau menerusi akaun instagram rasminya, IAmZlatan.

Menerusi posting itu, Zlatan memuat naik logo pasukan Manchester United beserta kapsyen : 

"Masa untuk satu dunia tahu, destinasi saya yang seterusnya adalah @manchesterunited #iamcoming."



Bintang yang sebelum ini bermain bagi pasukan Paris Saint-Germain (PSG) dikatakan sudah menemui sebuah rumah di Manchester sebagaimana dikatakan oleh syarikat gergasi hartanah Kumpulan Proto sebelum ini.

Penyerang sensasi Sweden itu dijangka akan menandatangani kontrak dengan Manchester United selepas kempen Euro 2016.

Sama-sama kita nantikan kemunculan dan penampilan Zlatan Ibrahimovic di Manchester United.

SUMBER - Siakapkeli.my


1 comments:

  1. Casino Gaming | Goyang FC
    Join us today for all the casino 검증사이트먹튀랭크 entertainment 피망 포커 apk and entertainment you 삼성 코엑스 need for premier Las Vegas entertainment and a thrilling experience at our restaurants. You Sun, Dec 12Miami (FL) Hurricanes vs 벳인포 Sun, Dec 12Florida State Seminoles vs Sun, Dec 12Milwaukee Bucks vs New 해적 룰렛

    ReplyDelete