Searching...
Monday, 27 June 2016
23:25 0

SAMI BUDDHA KENA PENYAKIT KULIT SEBAB BAKAR ROHINYA?



Catatan seorang penganut Buddha sabagai jawapan kepada tuduhan berkaitan kononnya seorang sami Buddha mengalami penyakit kulit sebagai balasan akibat perbuatan kejam terhadap penduduk Rohinya di Burma.


Catatan itu dibuat berdasarkan kepada kenyataan di muka buku yang berbunyi: "Allah Ta'ala bayar cash perbuatan kejam pembunuhan beramai-ramai umat islam" atas arahan sami-sami budha di Burma

Catatan tersebut yang disalin dan ditampal tanpa edit.


"KADANG KALA TIMBUL PULAK PERASAAN KESIAN PADA GOLONGAN CETEK AGAMA LAIN YANG CUBA JADI HERO SEBALIK PERASAAN MARAH. SIKIT-SIKIT BILA BERKAITAN DENGAN BUDDHA MULA KAITKAN DENGAN MYANMAR.

JIKA IKUT POSTING NI, TUHAN MEMANG TAK ADILLAH JADINYA. JIKA YANG BUAT SALAH SAMI MYANMAR MENGAPA SAMI LAIN TUHAN HUKUM? DAN ADAKAH TUHAN TAKUT NAK HUKUM IS KERANA PUAK IS ITU LEBIH GANAS HINGGA SANGGUP BAKAR, SEMBELIH, BOM SESAMA ISLAM?

POSTING SEPERTI INILAH YANG MEMBUATKAN BANGSA LAIN BURUK SANGKA PADA ISLAM. APAKAH SI BOD*H ALANG NI DAPAT JAWAP, MENGAPA TUHAN TAK ADIL JADIKAN KAMI BUKAN ISLAM DENGAN MELAHIRKAN KAMI DARI PERUT IBU BUKAN ISLAM.

APAKAH TUHAN NAK PERMAINKAN KAMI? SEDANGKAN ADA PENGANUT ISLAM SENDIRI LEBIH TERUK DARI KAMI YANG BUKAN ISLAM INI? JIKA IKUT PANDANGAN SEGELINTIR YANG MENGAKU ISLAM, TAK GUNALAH KAMI BUAT BAIK. JUMPA PEREMPUAN TERUS ROGOL, BUNUH ATAU APA SAJA. BUAT BAIK BUAT APA JIKA MASUK NERAKA JUGAK.

CONTOHNYA KES SAMI NI. BERLAKU DI THAILAND. ADILKAH DIA DIKAITKAN DENGAN SAMI MYANYAR? RUPANYA ADIK SULTAN BRUNAI PUN JADI PENYAKIT NI KERANA TAK TOLONG UMAT ISLAM KOT? LAIN KALI KAJI DULU KESAHIHAN FOTO. GUNA OTAK.

KAMI PUN ADA PERASAAN BILA SAMI KAMI DIHINA TAK TENTU PASAL. KAJI DULU SERAGAM SAMI TU DARI NEGARA MANA.

MANA ADA AGAMA AJAR ORANG BUAT JAHAT. JANGAN BUAT FITNAH UNTUK MENUNJUKAN KAMU ITU BAIK. NABI SENDIRI TAK PERNAH HINA AGAMA LAIN. DIA TUNJUKAN KEBAIKKAN ISLAM UNTUK BUATKAN ORANG TERTARIK PADA ISLAM. JIKA TAK PELUK ISLAM PUN SEKURANGNYA HORMAT PADA ISLAM."

Amat menarik hujah yang diberikan yang menunjukkan kematangan berfikir dan ketenangan dalam menghadapi sesuatu situasi berkaitan sesuatu isu sensitif, khususnya isu agama.

Seharusnya di kalangan orang Islam mengambil iktibar perkara ini dan jangan memalukan diri sendiri.

Cukup tajam peringatan yang diberikan: "JANGAN BUAT FITNAH UNTUK MENUNJUKAN KAMU ITU BAIK. NABI SENDIRI TAK PERNAH HINA AGAMA LAIN. DIA TUNJUKAN KEBAIKKAN ISLAM UNTUK BUATKAN ORANG TERTARIK PADA ISLAM. JIKA TAK PELUK ISLAM PUN SEKURANGNYA HORMAT PADA ISLAM."


Maklumat tambahan:

SEBENARNYA INI ADALAH SAMI DI THAILAND. BUKAN MYANMAR. BELIAU DAH LAMA KENA PENYAKIT KULIT NI. SEJAK KECIL LAGI. JIKA KATA KERANA DIA BAKAR ORANG, BAGI YG TAK TAU CITER SEBENAR, MUNGKIN ORG PERCAYA TAPI BAGI PENGANUT BUDDHA DAH LAMA KITA TAU HAL NI.

LELAKI TEPI DIA TU PELAKON TOP THAILAND YG HABISKAN HIDUPNYA DENGAN TOLONG RAKYAT. DARI KUTIP MAYAT HINGGALAH BAGI DUIT.


Sumber : DetikHarapan

0 comments:

Post a Comment