Arya Permana, Budak 10 Tahun Tergemuk Dunia!!!
SEORANG budak lelaki di Indonesia yang digelar sebagai budak tergemuk dunia terpaksa mengambil keputusan untuk menurutkan berat badan demi menyelamatkan nyawanya sendiri. Arya Permana, 10, telah disahkan sebagai seorang budak yang obes terlampau dengan berat badan yang mencecah 190 kilogram.
Arya terpaksa berhenti sekolah kerana dia tidak mampu menampung berat badannya. Akibat terlalu gemuk, dia juga mengalami kesukaran untuk berjalan. Ibunya, Rokayah Somantri berkata Arya sentiasa berada dalam keadaan lapar dan biasanya akan makan dua kali ganda daripada jumlah pemakanan orang dewasa.
Arya juga sering mengadu kepenatan dan semput. “Dia hanya makan dan kemudian akan tidur jika tidak ada apa-apa untuk dilakukan. Dia juga akan mandi di kolam dan berada di dalam kolam selama beberapa jam,” tambah Rokayah.
Arya merupakan anak kedua hasil perkahwinan Rokayah, 35, bersama Ade Somantri, 45, dan dia dilahirkan dengan berat 3.17 kilogram. Menurut Rokayah, berat badan Arya mula naik sejak berumur dua tahun dan mereka menyangka itu merupakan peningkatan berat badan yang sihat bagi bayi yang sedang membesar.
“Kami gembira melihat dia semakin membesar tetapi beberapa tahun selepas itu, beratnya sudah tidak dapat dikawal. Kini kami mula sedar sebenarnya Arya sakit dan memerlukan rawatan,” kata Rokayah. Rokayah dan suaminya telah membawa Arya berjumpa dengan beberapa orang doktor di barat Java tetapi doktor-doktor tersebut tidak menemui sebarang perkara ganjil tentang kenaikan berat badannya.
Kerana tidak mampu menampung harga rawatan hospital, Rokayah dan suami membuat keputusan untuk mengawal sendiri pemakanan anaknya itu dengan memaksa Arya memakan brown rice.
SUMBER : MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment