Baghdad: Seorang lelaki di sini bertindak menceraikan isteri yang baru 23 hari dikahwininya selepas wanita itu tertumpahkan air teh di kaki ibunya.
Menurut laporan media tempatan, wanita itu berkata, dia tidak sengaja, tetapi suaminya begitu marah dan mendakwa isterinya sengaja melakukannya.
Dia bertindak menceraikan wanita berkenaan.
Media tempatan tidak menyebut nama pasangan suami isteri itu atau bila dan di mana ia berlaku.
Bagaimanapun, kisah itu yang menjadi viral di media sosial mengundang pelbagai reaksi.
Ada pengguna bersetuju dengan tindakan lelaki itu dengan berkata, isterinya perlu diceraikan kerana tidak menghormati ibu mentua.
Sekumpulan pengguna lain bagaimanapun menyalahkan lelaki itu dengan berpendapat, kejadian itu mungkin tidak disengajakan dan jika ia berlaku dengan sengaja sekalipun, ia boleh diselesaikan tanpa menceraikan isterinya. - Agensi
SUMBER: slambermedia
0 comments:
Post a Comment